CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 27, 2010

"Orang Asli Puak Juhai"

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia....

Dah berminggu2 lamanya saya tak menulis cerita di blog...
Pada minggu lepas saya telah menyertai...
 Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Profesional Mara & Kolej Mara 2010..
Di Pulau Sara,Tasik Banding, Perak...

Sangat mencabarlah..
kursus ni tak macam kursus kepimpinan yang lain..
semuanya outdoor..
Malah nak dapat 1 bar signal line pun susah nak dapat lh..
betul2 duduk kat tengah2 pulau & dalam hutan...
Mana tak nya..
Nak pergi ke jeti pun mengambil masa 2 jam menaiki tongkang...

Antara aktivitinya..
berkayak,berakit,jungle tracking,ikhtiar hidup & lain-lain lagi..
Tapi kali ini saya ingin mengfokuskan cerita kali ini berkenaan dengan..
lawatan saya & sahabat2 saya ke perkampungan orang asli puak juhai...

Sangat menyeronokkan & merupakan pengalaman terbaru saya..
Semasa kami tiba di perkampungan mereka...
kami di sambut oleh suara keriangan daripada kanak2 puak tersebut..
Malah anjing mereka pun menyambut dengan salakannya...
Puak Juhai yang kami melawat ini bukan beragama Islam..
sebab itu mereka membela anjing..


Kami membawa sedikit buah tangan untuk penduduk di sana..
Kanak-kanak diberi makanan ringan & Orang tua diberi tembakau..
pekerjaan mereka lebih tertumpu kepada bercucuk tanam dan membuat kraf tangan serta mengutip hasil hutan..
Kemudian, mereka menjualkannya kepada pemborong..

Saya & sahabat2 sangat terkejut apabila jurulatih kami @ dikenali "TOK WAN"..
menceritakan..
perempuan yang berumur 12 tahun sudah dikahwinkan dengan lelaki berumur 20 an..
Kami sangat terkejut..
Malah kami menjumpai kanak-kanak yang berumur 7 tahun sudah dikahwinkan...
Sangat dasyat..


Kami pergi ke sebuah rumah di perkampungan tersebut..
mendapati seorang budak perempuan yang berumur 13 tahun..
Kalau kita umur 13 tahun baru tingakatan 1..
Tapi mereka sudah mempunyai anak..
Bunyi pelik tapi benar kejadian itu...


Mereka juga mempunyai kemahiran menyumpit..
Teknik yang mereka ajar kepada kami sangat unik..
Buat pertama kali saya belajar cara nak menyumpit..
Kita nak menembak @ nak target ke 1 benda akan menggunakan mata..
tapi mereka menyumpit menggunakan hidung untuk target..
Dasyatkan..




Kanak-kanak di sana sangat pemalu..
Tidak semua di antara mereka bersekolah seperti kita..
Kesian saya melihat kehidupan mereka..
Yang serba kekurangan..
Kami yang hidup diatas pulau selama seminggu pun rasanya macam terseksa..
Inikan pula mereka yang tinggal bertahun2..
Jadi kita perlulah bersyukur dengan kemudahan & bantuan yang kita dapat sekarang ini...
Semoga anda dapat renung2kan & iktibar daripada cerita saya kali ini..
Sekian, Terima Kasih....


1 comments:

Elise Sallehudin

hai jaiyah!

Post a Comment