CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 26, 2013

Pepahat

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah...

Hari ini saya ingin mencerita tentang sejenis haiwan laut yang jarang dikenali
 sebagai Pepahat atau siput buluh atau Bamboo Lala...
Haiwan ini juga dikenali sebagai Ambal oleh masyarakat di Sarawak.


Pepahat merupakan siput bercengkerang memanjang itu
mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia,
terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah

dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan.

Menurut sumber daripada http://ms.wikipedia.org , spesies ini turut terdapat di

California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.


Di Malaysia, musim siput buluh dikatakan bermula
pada bulan Ogos sehingga bulan Mac tahun berikutnya

namun paling banyak didapati pada November dan Disember.

Pepahat ini sedap dimasak secara bersira lada, sos tiram atau masak lemak..

Saya inginlah berkongsi sedikit resepi 
untuk memasak pepahat ini secara ringkas, mudah dan cepat dimasak...
Yang paling utama rasanya sedap...
Semoga resepi ini dapat membantu tuan/ puan dalam 
menyediakan hidangan istimewa mengguna bahan asas iaitu pepahat...


Pepahat Goreng Sos Tiram

Bahan-bahannya:

1 ulas Bawang Merah
1 labu bawang putih
1 biji halia (sebesar ibu jari)
2 sudu besar sos tiram
300g Pepahat (dibasuh dan dibilas sebelum memasaknya)

Cara memasaknya:

1. Mula-mula, hiris semua bahan (bawang merah, bawang putih dan halia).
2. Kemudian, panaskan minyak sedikit di kuali.
3. Tumis semua bahan sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tiram.
4. Akhir sekali, masukkan pepahat dan gaul rata. Biarkan sebentar pepahat sehingga keluar air dalam 5             minit. Kemudian, tutup api dan boleh hidang untuk makan...



Selamat Mencuba...