CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 7, 2013

Kembara Bakti Siswa (KEBAS'13) ~Part 1~

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah....

Oleh kerana sudah lama tak ber 'blogging'
terasa kekok pula...
hehehe

Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang pengalaman saya 
dalam program khidmat masyarakat yang 
diadakan pada 17 hingga 19 Mei 2013 di Teluk Penyambung, Endau-Mersing Johor...


Program ini merupakan program wajib yang perlu dijalankan 
oleh Ahli-ahli Kelab Kepimpinan dan Pengurusan kelab dibawah 
pemantauan Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum, 
Universiti Teknologi Malaysia...



Seramai 17 pelajar telah mengikuti program ini dan 
dikendalikan oleh En. Mohd Fauzi b. Abd Rahman, Penasihat kelab.

 Aktiviti yang dijalankan lebih menumpukan kepada
 khidmat masyarakat kepada penduduk kampung di Teluk Penyambung 
dan memperkenalkan budaya kehidupan masyarakat kampung 
kepada pelajar dari luar negara. 
Selain itu, program ini juga telah berjaya memulihkan semula
 persekitaran yang lebih bersih dan cantik di kampung mahupun
 di pulau yang menjadi tumpuan pelancong bagi mengekal 
ekosistem dalam keadaan terjaga dan terpelihara.


Terasa seperti skema pula cerita macam ni... ^ _^ #


Sebulan sebelum program dijalankan....


Kami dibahagikan tiga kumpulan untuk membentangkan kertas kerja
berdasarkan kepada dua elemen..
Iaitu kepimpinan atau khidmat masyarakat...

Hari pembentangan tu..
Untuk kumpulan saya..
saya kena bentangkan sebab kertas kerja kumpulan saya yang buat..
memang cuak lah..
Pertama kali katakan buat pembentangan kertas kerja dalam
Bahasa Inggeris..
He He He...

Tak sangka lah pulak....
Kertas kerja untuk kumpulan saya berjaya mendapat undian yang ramai dari
ahli kelab...

Asal program ni pada mulanya nak buat kat Pontian..
Disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan..
Kami pun terpaksa cari kampung lain untuk buat program ni..
Akhirnya, kami membuat keputusan untuk mengadakan 
program ini di Kampung Teluk Penyambung...




Setelah mendapat kelulusan daripada pihak atasan...
Saya bersama Pengarah Program dan Penasihat melawat ke kampung tersebut
untuk memastikan beberapa kemudahan yang boleh digunakan
oleh pihak kami di situ...



Tiba lah masa yang di nanti-nantikan..

Tepat pukul 3.30 petang..
Kami menaiki bas UTM dan bertolak ke Teluk Penyambung,
Endau-Mersing, Johor...


Mengambil masa lebih kurang 3 jam..
Kami pun tiba ke destinasi yang dituju..
Sampai-sampai di kampung tersebut..
Kami pun 'check-in' di chalet berdekatan 
dengan Pantai Teluk Penyambung..

Sangat cantik pemandangan di tepi pantai pada 
waktu terbenam matahari..
Bak kata orang putih " Sunset"
hehehe...




Sambil-sambil tu makan keropok lekor dan teh 'o' panas..


Yummy... Sedapnya....

Aktiviti Hari Pertama

Aktiviti kami bermula pada 8.30 malam...
Dalam jadual tentatif adalah " Opening Ceremony with Head of villager"..
Tunggu punya tunggu..
Tok Penghulu tak sampai-sampai..


Sampai lah pukul 10 malam..
Kem komander buat keputusan untuk
tukar aktiviti tersebut dengan 'Ice Breaking'..
Tugas kem komander diserahkan kepada Faezul Fitri




Mula-mula tu tak faham lah juga aktiviti yang
beliau cuba tunjukkan..
Tapi bila dah faham seronok pula main sampai tak ingat nak makan malam..
hehehe..






Puas nak mengingat 17 nama kawan-kawan...
Masa kat kelas tak pernah nak ambil tahu..
Kerana aktiviti ni lah kami saling kenal satu sama lain..


Setelah penat bermain..
Kami pun pergi ke gerai berhampiran untuk makan malam..



Selesai makan je..
Kami pulang ke chalet masing-masing..

Jangan fikir kami terus tidur!!!

Setiap unit bertanggungjawab menyiapkan tugasan
 sebelum aktiviti dijalankan...

Macam saya dan Firdaus bersengkang mata menyiapkan 
tugasan untuk aktiviti esok pagi..
Nasib baik Kem Komander tolong sekali..
hehehe..

Aktiviti ini kami namakan..
Community Treasure Hunt..


Sekiranya ingin mengetahui apa berlaku pada aktiviti tersebut.. 
Nantikan KEBAS'13 Part 2...

0 comments:

Post a Comment