CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 26, 2013

Pepahat

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah...

Hari ini saya ingin mencerita tentang sejenis haiwan laut yang jarang dikenali
 sebagai Pepahat atau siput buluh atau Bamboo Lala...
Haiwan ini juga dikenali sebagai Ambal oleh masyarakat di Sarawak.


Pepahat merupakan siput bercengkerang memanjang itu
mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia,
terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah

dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan.

Menurut sumber daripada http://ms.wikipedia.org , spesies ini turut terdapat di

California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.


Di Malaysia, musim siput buluh dikatakan bermula
pada bulan Ogos sehingga bulan Mac tahun berikutnya

namun paling banyak didapati pada November dan Disember.

Pepahat ini sedap dimasak secara bersira lada, sos tiram atau masak lemak..

Saya inginlah berkongsi sedikit resepi 
untuk memasak pepahat ini secara ringkas, mudah dan cepat dimasak...
Yang paling utama rasanya sedap...
Semoga resepi ini dapat membantu tuan/ puan dalam 
menyediakan hidangan istimewa mengguna bahan asas iaitu pepahat...


Pepahat Goreng Sos Tiram

Bahan-bahannya:

1 ulas Bawang Merah
1 labu bawang putih
1 biji halia (sebesar ibu jari)
2 sudu besar sos tiram
300g Pepahat (dibasuh dan dibilas sebelum memasaknya)

Cara memasaknya:

1. Mula-mula, hiris semua bahan (bawang merah, bawang putih dan halia).
2. Kemudian, panaskan minyak sedikit di kuali.
3. Tumis semua bahan sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tiram.
4. Akhir sekali, masukkan pepahat dan gaul rata. Biarkan sebentar pepahat sehingga keluar air dalam 5             minit. Kemudian, tutup api dan boleh hidang untuk makan...



Selamat Mencuba...




Saturday, July 20, 2013

Sup Makaroni....

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah...

Setelah sebulan lebih tidak sempat 
untuk 'update' blog....
Jadi hari ini saya akan berkongsi sebuah resepi 
yang ringkas, cepat dan mudah untuk dimasak....

Lagi dalam bulan Ramadhan ni,
pada semua ibu-ibu yang telah penat seharian bekerja
 dan tidak tahu untuk masak menu berbuka...
Cubalah menu ni..


"Sup Makaroni"



BAHAN-BAHAN SUP :

600 gram daging (yang sudah direbus & dihiris)
200 gram bebola ayam Ayamas
3 biji kentang (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong bentuk bunga)
1/2 sudu besar serbuk sup
1 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Air rebusan daging secukupnya



BAHAN-BAHAN UNTUK DITUMIS :

2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


CARA REBUS MAKARONI:

Makaroni secukupnya, rebus ia dengan air rebusan daging,
rebus hingga lembut dan toskan.


CARA MEMBUATNYA :

- Tumis bahan-bahan untuk ditumis sehingga naik baunya, 
  kemudian masukkan air rebusan daging setengah dari periuk. 
- Masukkan lobak merah, kentang dan daging.
- Masukkan rempah sup, garam dan serbuk lada putih. 
- Kemudian masak hingga mendidih.
- Masukkan makaroni yang sudah direbus.
- Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.

- Untuk hiasan taburkan hirisan 
daun bawang/daun sup, 
  bawang goreng.



Saturday, June 29, 2013

TechnoBiz Challenge 2013

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah...

'TechnoBiz Challenge 2013'


Pertandingan ini telah dijalankan pada 22 Mei 2013 
bertempat di N28 A, Universiti Teknologi Malaysia, 
Skudai, Johor Darul Takzim.

Encik Mohd. Iskandar Illyas Tan, Pensyarah Fakulti Pengkomputeran 
merupakan Pengarah Program untuk TechnoBiz Challenge 2013

Seramai 60 kumpulan daripada 
4 kategori dipertandingkan iaitu :

* Halal and food industry
* ICT
* Telco
* Health and Wealthiness Industry

Technobiz Challenge merupakan acara dwi-tahunan
 secara besar-besaran yang diadakan oleh Fakulti Pengkomputeran.
Sesiapa yang mendaftar
 IT Usahawan (ITE) dan Technoentrepreneur
merupakan subjek wajib untuk menyertai acara ini.

Setiap kumpulan telah diberikan tugas
untuk mencari idea pelan perniagaan dan membangunkan ia.
Tugasan tersebut diberi pada awal semester.

 Kemudian, semasa Technobiz Challenge,
 idea itu dibentangkan oleh para peserta
dan dinilai oleh beberapa orang daripada industri.

Hakim-hakim yang hadir pada tahun ini ialah:

seorang wakil daripada Tekun Nasional
Encik Abdul Rani Achmad Abdullah dari Cworks System Berhad
Encik Mohd Izwan Yusof daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia
Encik Ghazali Abu dari Green Dome Latihan dan Perdagangan
Encik Mohd Mahmudin dari Wan Malinja Food Industries Sdn. Bhd
Puan Noraini Haji Ahmad @ Mohamed dari Johor Bioteknologi dan Biodiversiti
Dr Tan Boon Siong dari Longevity Wellness Sdn. Bhd
Encik Nik Mohd Habibullah bin Nik Mohd Nizam dari Penyelesaian NI


Saya bersama rakan-rakan kumpulan menyertai program ini
 dalam kategori Halal & Food Industry.


Kami telah menyediakan plan perniagaan
berdasarkan idea bersama dan
 telah membuat beberapa kajian mengenai perniagaan ini
di MIHAS Exibition, KLCC Convention Centre
 pada 6 April 2013...

Untuk maklumat lanjut pameran ini, sila lawati laman sesawang ini :
http://www.mihas.com.my


Idea plan perniagaan kami lebih kepada perkhidmatan pengangkutan Halal
untuk syarikat-syarikat SME...
Terutama pada syarikat yang
memproses dan pembuatan makanan Halal...

Tercetusnya idea ini apabila kami
 melihat masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat SME ini,
apabila terpaksa menggunakan lori pengangkutan
yang bercampur dengan produk-produk bukan Halal
untuk menghantar produk mereka yang Halal....

Jadi, kami menyediakan sebuah plan perniagaan yang boleh
menyelesaikan masalah mereka dengan
 menyediakan perkhidmatan lori serdahana besar dan teknologi khas...
Harga perkhidamatan lebih murah daripada
syarikat-syarikat besar yang menyediakan perkhidamatan
seperti kami dan tidak mampu untuk peniaga-peniaga SME
membayar perkhidmatan tersebut...



Sedia sedia untuk pembentangan plan perniagaan..


Kumpulan kami telah memenangi
Naib Juara bagi kategori Halal & Food Industry...





Bagi sesi petang, diadakan Bual Bicara Usahawan yang diberikan oleh Encik Husni Ruslai. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, pengasas bersama Gates IT Solution Sdn. Bhd.


 Selepas ceramah tersebut, satu majlis penutupan telah diadakan dan pemenang untuk semua empat kategori telah diumumkan. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pembangunan, Prof. Prof Dr Wan Mohd Nasir.

Juara Keseluruhan untuk TechnoBiz Challenge 2013
 telah dimenangi oleh rakan sekelas kami, Kumpulan Simple...


Cerita selanjutnya boleh lawati laman sesawang ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130529/wj_02/Doctor-Fitness-UTM-muncul-juara

Di sini saya letak sekali montaj untuk Majlis Penutupan program ini..


Sunday, June 9, 2013

KEBAS'13 ~Part 3~


Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah...

Kali ini saya ingin menyambung cerita 
Program KEBAS'13 ~Part 3~ 
untuk aktiviti pada hari ketiga...


Aktiviti Hari Ketiga

Aktiviti kali ni dimulakan dengan lawatan ke Pulau Aceh, Mersing...

Jangan fikir Pulau Acheh di Indonesia sahaja..
Di Malaysia juga ada Pulau Acheh tau..

Orang-orang kampung menceritakan
nama pulau tersebut diberi
berdasarkan kisah sejarahnya...

Pada zaman dahulu,
pulau tersebut pernah menjadi sebagai tempat berlindung oleh
pedagang-pedagang dari Acheh...
Jadi tidak hairanlah nama pulau tersebut diberi nama Pulau Acheh...

Pulau Acheh boleh dikunjungi dengan
 melalui jeti Penyabong yang jaraknya sekitar 2 km sahaja.

 Secara fizikalnya, terdapat beberapa buah lagi pulau yang
 berdekatan Pulau Aceh seperti 
Pulau Sembilang, Pulau Seri Buat, Pulau Layak,
 Pulau Tengah dan semestinya Pulau Tioman.


"Lawatan ke Pulau Acheh"

Hari ini kami semua akan ke Pulau Acheh...
Excited juga lah...
Kali terakhir saya pergi masa darjah 6...
Sekarang dah umur 22 tahun...
Hampir 10 tahun tak ke sana lagi...

Ni gambar-gambar saya dan rakan 
dalam perjalanan ke hujung Jeti Penyambung
 untuk menaiki bot ke sana...



Sebelum bergerak ke Pulau Acheh,
En. Fauzi telah mengetuai bacaan doa
supaya kami semua dalam keadaan selamat dari
 segala bahaya yang tidak diingini...



Kami bertolak ke Pulau Acheh pada pukul 9.30 pagi
dengan menaiki bot nelayan...



Suasana semasa dalam perjalanan ke Pulau Acheh....


Setelah merentasi lautan selama 2 jam..
Kami pun sampai ke destinasi yang ditujui...



Disebabkan di Pulau Acheh itu tiada kemudahan jeti bot terpaksa
 berhenti lebih jauh dari persisiran pantai.....

Ini bermakna kami semua kena terjun 
dalam laut dan berenang ke tepi pantai...

Memang cuak,cemas, kecut perut, 
semua ada lah untuk orang yang
 pernah ada pengalaman lemas...

Lagi menambah takut saya..
Tiba-tiba, En. Fauzi dan pemandu bot
menjumpai obor-obor berada di 
kawasan tempat kami hendak terjun...

Takut dan cuak lah...

En. Fauzi turun ke laut dahulu untuk menangkap 
obor-obor dan mematikannya....
Beliau juga memastikan tiada 
obor-obor lagi berada di kawasan tersebut...


Saya perempuan pertama terjun dari bot...
Saya rasa takut sangat..
Selepas pengalaman saya pernah lemas dulu,
saya ada juga belajar beranang dengan betul..
Masalahnya dah lama saya tinggalkan ilmu tu..
dan tak confident untuk lakukan aktiviti tersebut...


Apa yang saya fikirkan waktu tu,
Kalau saya tak berani terjun dari bot,
Macam mana rakan-rakan saya yang lain...
Lagi lah mereka takut..

Saya buat keputusan untuk terjun dahulu,
supaya rakan-rakan saya yang takut untuk terjun
akan berani terjun selepas melihat saya terjun...
Kalau saya yang fobia pun boleh selamat terjun,
ini kan lagi kawan-kawan saya yang lain...

Akhirnya saya dan rakan-rakan perempuan
berjaya terjun dari bot dan selamat sampai ke pesisiran pantai...  



Lagi best,
Saya dan rakan-rakan berjaya mengapungkan diri..
ada di antara rakan saya siap belajar berenang..
best sangat....


Hampir sejam kami berjemur di tengah panas,
Kami melakukan pembersihan di pesisiran pantai 
dengan mengutip segala sampah sarap 
yang ditinggalkan oleh pengunjung yang datang melawat ke situ...

Selepas selesai membersihkan kawasan pantai..
En. Fauzi membawa kami ke sebuah perigi 
yang dibuat oleh para nelayan ...


Kemudian,
kami ke tempat pengeringan ikan pekasam..




Kami menaiki bot semula untuk ke Kelong Acheh..
Kelong tersebut berdekatan dengan Pulau Acheh...


"Visit to Kelong Acheh"

Melawat ke Kelong Acheh bukanlah
dalam perancangan program...
Mungkin rezeki kami hari itu,
kami datang ke Kelong Acheh dan
melawat sekitar kelong tersebut...


Kelong ini menjadi tumpuan pelancong yang suka
 memancing sambil menikmati pemandangan indah di tengah laut....

Macam duta pula cakap macam ni..hehehe..

Kami boleh lihat pemandangan
Pulau Acheh dari kelong ini...

Kelong ini ada menyediakan tempat penginapan,
gerai makan dan kawasan memancing untuk pengunjung
dengan harga yang berpatutan....

Maklumat lanjut sila lawati ke laman sesawang ini :
http://www.kelongacheh.com

Kami dibawa melawat keseluruh kawasan Kelong..
Ada seorang uncle ni bagi air free pada kami
 semua sambil menikmati pemandangan disitu...



Selesai sudah program kami
selama 3 hari 2 malam di Teluk Penyabung...

Kami pulang ke Universiti Teknologi Malaysia
 pada pukul 3.30 petang...

Jutaan terima kasih dan syabas kepada rakan-rakan
 yang bertungkus lumus menjayakan program ini...

Saya rasa amat gembira dan berasa puas hati
dengan kejayaan kita semua...

Di sini juga saya memohon maaf atas
segala kesalahan, kesilapan dan kekurangan saya
dalam mengendalikan program ini...
Tanpa anda semua program ini tidak akan berjalan dengan jayanya..

Diharap program seperti ini dapat dijalankan dan
diteruskan oleh mahasiswa dan mahasiswi UTM
 pada masa akan datang....

Sekian, Terima Kasih...

Tamat....

KEBAS'13 ~Part 2~


Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah...

Sambungan dari Kebas'13 Part 1..
Hari ini saya akan menceritakan
Aktiviti yang dilakukan pada hari kedua program dijalankan..



Aktiviti Hari Kedua

Aktiviti pada pagi hari tersebut
dimulakan dengan senaman pagi di tepi pantai..
yang diketuai oleh Tengku Aliff
sebagai personal in-charge...

"Senaman Pagi"




Selepas senam pagi selesai,
di teruskan lagi dengan aktiviti yang dipanggil

"Community Treasure Hunt"

Untuk aktiviti ini diberi kepada 2 kumpulan :

"Ocean 7 VS Genius"

Setiap kumpulan diberi 2 sampul surat yang mengandungi

1 task first station 
1 peta kawasan aktiviti
1 sampul surat yang mengandungi RM 60 





Task 1

Setiap ahli kumpulan perlu menebar roti canai sehingga siap..
Duit yang diberi digunakan sebagai duit sarapan mereka..
Setiap kumpulan perlu menguruskan duit tersebut dengan baik
kerana duit yang diberi akan digunakan sepanjang aktiviti berjalan...




Selepas setiap kumpulan selesaikan task pertama  
mereka perlu mencari personal in-charge untuk task seterusnya....

Selepas mendapat sampul surat task kedua mereka perlu 
berjalan sejauh 3 Kilometer untuk pergi ke kawasan perumahan PPRT


Task 2

Setiap kumpulan perlu mencari 5 buah rumah untuk 
melakukan aktiviti khidmat masyarakat
seperti membersihkan halaman rumah, memotong rumput, 
mengutip sampah dan lain-lain.





Kali ini....
Group Genius mendahului Group Ocean 7...
Mereka terus pergi mendapatkan task 3 daripada personal in-charge...


Task 3

Task seterusnya melibatkan perjalanan kaki 
hampir 2 Kilometer ke destinasi seterusnya...
Semasa dalam perjalanan,
mereka perlu membeli barang keperluan untuk memasak
di kedai runcit terdekat..
Task ni meminta setiap kumpulan perlu menyiapkan masakan kampung..

Menu:
Nasi putih
Asam Pedas
Telur Dadar
Sayur Campur


Saya sebagai sekteriat merasakan kepenatan yang dirasai oleh mereka..
Kerana berjalan kaki lebih dari 4 kilometer untuk hari ini..

Tapi dengan kebijaksanaan dan kretiviti mereka..
Mereka telah meminta kerjasama dari orang kampung 
untuk menumpang kereta ke rumah yang dituju..

Kumpulan Genius telah berjaya meminjam kereta dari orang kampung
untuk pergi kedai..
Hebat!!!!!



Setelah semua sampai ke rumah yang diminta..
Mereka mendapati ada masalah untuk memasak..
Dapur yang ada di rumah tersebut hanya ada
2 dapur untuk masak..


Ini akan memakan masa yang lama untuk menyiapkan masakan 
kerana kemudahan di rumah tersebut 
tidak cukup..

Jadi kedua-dua kumpulan berbincang dan 
menyetujui untuk masak bersama..

Masalah seterusnya yang mereka hadapi adalah ikan yang 
dibeli kedua-dua terlalu banyak...
Jadi mereka telah menambah lagi 1 menu iaitu ikan goreng...


Apa-apa pun tahniah dan syabas kerana berjaya menyelesaikan masalah dengan baik...

Mengambil masa lebih kurang 2 jam,
mereka dapat menyiapkan makanan dengan baiknya...

Selepas selesai makan dan mengemas dapur..
kami pulang ke chalet masing-masing dalam pukul 3 petang..
Bagi Unit Aktiviti - Telematch,
mereka perlu bersiap sedia untuk aktiviti pada petang tersebut... 



"Jala Ikan"

Perancangan aktiviti menjala ikan merupakan salah satu aktiviti
yang perlu dilakukan dalam aktiviti Community Treasure Hunt..

Disebabkan air laut surut pada waktu pagi..
Kami terpaksa ubah pada waktu petang...


Kami diajar cara menjala ikan dengan betul...
Kami diberi jala seberat 50 Kilogram untuk di praktikan menjala di laut..
nampak senang je bila melihat nelayan-nelayan menjala..
Tapi hakikatnya sangat susah dan memerlukan tenaga yang banyak untuk menjala..

Daripada aktiviti ini,
Bagi saya menjadi seorang nelayan bukan senang..
Mereka menggunakan tenaga mereka sepenuhnya untuk mendapat ikan 
untuk keluarga mereka dan masyarakat... 
Jadi hargai lah pengorbanan mereka dan
 jangan banyak mengadu harga ikan mahal..

Lagi bagus beli terus dari nelayan..
Ikan segar-segar semuanya...



"Telematch & Traditional Games"

Selepas menjala,
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti telematch & traditional games..

Kami diberi 4 kumpulan untuk games ni..

Permainan 1: Boling Pantai


Cara main:

Setiap kumpulan diberi sebiji kelapa tua
untuk dijadikan sebagai bola bowling..

Kelapa tersebut perlu melanggar
 botol-botol air yang diatur di hadapan mereka..

Kumpulan siapa yang paling banyak menjatuhkan
botol-botol di hadapan mereka tumbang dikira sebagai pemenang..


Permainan 2: 
Cari gula-gula dalam tepung


Cara main:

Setiap ahli kumpulan perlu meniup tepung untuk 
mengambil gula-gula dalam tepung tersebut.. 

Mereka perlu mengambil gula-gula tersebut menggunakan mulut..

Seorang peserta perlu mengambil 2 biji gula-gula...


Permainan 3:Tangkap belon air



Cara main:

Baling belon yang mengandungi air kepada 
peserta belakang tanpa memandang mereka..

Peserta di belakang perlu menangkap menggunakan
 apa cara sekali pun asal belon tersebut tidak pecah..

Kumpulan yang berjaya mengumpul belon paling banyak dikira pemenang...




"Post-mortem & BBQ Night"

Setelah penat pada siang hari,
Kami mengadakan aktiviti BBQ Night...


Nak rasa happening lagi..
Peserta-peserta lelaki mencari kayu-kayu 
untuk dijadikan sebagai unggun api...


Setelah selesai makan,
Kami memulakan sesi Post-Mortem..

Dimulakan dengan perbincangan sesama kumpulan kecil,
kemudian diikuti kumpulan besar...

Selesai sesi tersebut,
ucapan dan maklum balas program ini daripada 
En. Fauzi, Penasihat Kelab & program ini...
Beliau sangat gembira dan berpuas hati dengan program yang dijalankan..
Beliau juga ada mendapat maklum balas daripada penduduk kampung..
Mereka sangat gembira dan berterima kasih atas khidmat yang diberikan 
kepada mereka..
Jasa kami mereka tidak akan mereka lupakan...


Kemudian diteruskan lagi dengan
 penyampaian hadiah kepada kumpulan...

Pada mulanya,
Kumpulan Ocean 7 mendahului pemarkahan 
dalam aktiviti Community Treasure Hunt...

Tetapi aktiviti ini ada penilian persendirian 
daripada kem komander iaitu kumpulan yang mengumpul reben 
yang diberi oleh kem komander paling panjang mendapat 5% percuma,

Jadi jumlah keseluruhan sama banyak di antara kedua-dua kumpulan..

Untuk mencari pemenang malam itu,
Setiap kumpulan perlu 
mempersembahkan cheers kumpulan kepada En. Fauzi...


Kumpulan Genius telah berjaya menjadi
 Juara untuk aktiviti Community Treasure Hunt..

Untuk aktiviti Telematch & Traditional Games 
dimenangi oleh group peserta lelaki Melayu..

Tepat pada pukul 1 pagi masing-masing pulang ke chalet untuk tidur....



Bersambung di Kebas'13 ~Part 3~