CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 9, 2013

KEBAS'13 ~Part 2~


Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah...

Sambungan dari Kebas'13 Part 1..
Hari ini saya akan menceritakan
Aktiviti yang dilakukan pada hari kedua program dijalankan..



Aktiviti Hari Kedua

Aktiviti pada pagi hari tersebut
dimulakan dengan senaman pagi di tepi pantai..
yang diketuai oleh Tengku Aliff
sebagai personal in-charge...

"Senaman Pagi"




Selepas senam pagi selesai,
di teruskan lagi dengan aktiviti yang dipanggil

"Community Treasure Hunt"

Untuk aktiviti ini diberi kepada 2 kumpulan :

"Ocean 7 VS Genius"

Setiap kumpulan diberi 2 sampul surat yang mengandungi

1 task first station 
1 peta kawasan aktiviti
1 sampul surat yang mengandungi RM 60 





Task 1

Setiap ahli kumpulan perlu menebar roti canai sehingga siap..
Duit yang diberi digunakan sebagai duit sarapan mereka..
Setiap kumpulan perlu menguruskan duit tersebut dengan baik
kerana duit yang diberi akan digunakan sepanjang aktiviti berjalan...




Selepas setiap kumpulan selesaikan task pertama  
mereka perlu mencari personal in-charge untuk task seterusnya....

Selepas mendapat sampul surat task kedua mereka perlu 
berjalan sejauh 3 Kilometer untuk pergi ke kawasan perumahan PPRT


Task 2

Setiap kumpulan perlu mencari 5 buah rumah untuk 
melakukan aktiviti khidmat masyarakat
seperti membersihkan halaman rumah, memotong rumput, 
mengutip sampah dan lain-lain.





Kali ini....
Group Genius mendahului Group Ocean 7...
Mereka terus pergi mendapatkan task 3 daripada personal in-charge...


Task 3

Task seterusnya melibatkan perjalanan kaki 
hampir 2 Kilometer ke destinasi seterusnya...
Semasa dalam perjalanan,
mereka perlu membeli barang keperluan untuk memasak
di kedai runcit terdekat..
Task ni meminta setiap kumpulan perlu menyiapkan masakan kampung..

Menu:
Nasi putih
Asam Pedas
Telur Dadar
Sayur Campur


Saya sebagai sekteriat merasakan kepenatan yang dirasai oleh mereka..
Kerana berjalan kaki lebih dari 4 kilometer untuk hari ini..

Tapi dengan kebijaksanaan dan kretiviti mereka..
Mereka telah meminta kerjasama dari orang kampung 
untuk menumpang kereta ke rumah yang dituju..

Kumpulan Genius telah berjaya meminjam kereta dari orang kampung
untuk pergi kedai..
Hebat!!!!!



Setelah semua sampai ke rumah yang diminta..
Mereka mendapati ada masalah untuk memasak..
Dapur yang ada di rumah tersebut hanya ada
2 dapur untuk masak..


Ini akan memakan masa yang lama untuk menyiapkan masakan 
kerana kemudahan di rumah tersebut 
tidak cukup..

Jadi kedua-dua kumpulan berbincang dan 
menyetujui untuk masak bersama..

Masalah seterusnya yang mereka hadapi adalah ikan yang 
dibeli kedua-dua terlalu banyak...
Jadi mereka telah menambah lagi 1 menu iaitu ikan goreng...


Apa-apa pun tahniah dan syabas kerana berjaya menyelesaikan masalah dengan baik...

Mengambil masa lebih kurang 2 jam,
mereka dapat menyiapkan makanan dengan baiknya...

Selepas selesai makan dan mengemas dapur..
kami pulang ke chalet masing-masing dalam pukul 3 petang..
Bagi Unit Aktiviti - Telematch,
mereka perlu bersiap sedia untuk aktiviti pada petang tersebut... 



"Jala Ikan"

Perancangan aktiviti menjala ikan merupakan salah satu aktiviti
yang perlu dilakukan dalam aktiviti Community Treasure Hunt..

Disebabkan air laut surut pada waktu pagi..
Kami terpaksa ubah pada waktu petang...


Kami diajar cara menjala ikan dengan betul...
Kami diberi jala seberat 50 Kilogram untuk di praktikan menjala di laut..
nampak senang je bila melihat nelayan-nelayan menjala..
Tapi hakikatnya sangat susah dan memerlukan tenaga yang banyak untuk menjala..

Daripada aktiviti ini,
Bagi saya menjadi seorang nelayan bukan senang..
Mereka menggunakan tenaga mereka sepenuhnya untuk mendapat ikan 
untuk keluarga mereka dan masyarakat... 
Jadi hargai lah pengorbanan mereka dan
 jangan banyak mengadu harga ikan mahal..

Lagi bagus beli terus dari nelayan..
Ikan segar-segar semuanya...



"Telematch & Traditional Games"

Selepas menjala,
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti telematch & traditional games..

Kami diberi 4 kumpulan untuk games ni..

Permainan 1: Boling Pantai


Cara main:

Setiap kumpulan diberi sebiji kelapa tua
untuk dijadikan sebagai bola bowling..

Kelapa tersebut perlu melanggar
 botol-botol air yang diatur di hadapan mereka..

Kumpulan siapa yang paling banyak menjatuhkan
botol-botol di hadapan mereka tumbang dikira sebagai pemenang..


Permainan 2: 
Cari gula-gula dalam tepung


Cara main:

Setiap ahli kumpulan perlu meniup tepung untuk 
mengambil gula-gula dalam tepung tersebut.. 

Mereka perlu mengambil gula-gula tersebut menggunakan mulut..

Seorang peserta perlu mengambil 2 biji gula-gula...


Permainan 3:Tangkap belon air



Cara main:

Baling belon yang mengandungi air kepada 
peserta belakang tanpa memandang mereka..

Peserta di belakang perlu menangkap menggunakan
 apa cara sekali pun asal belon tersebut tidak pecah..

Kumpulan yang berjaya mengumpul belon paling banyak dikira pemenang...




"Post-mortem & BBQ Night"

Setelah penat pada siang hari,
Kami mengadakan aktiviti BBQ Night...


Nak rasa happening lagi..
Peserta-peserta lelaki mencari kayu-kayu 
untuk dijadikan sebagai unggun api...


Setelah selesai makan,
Kami memulakan sesi Post-Mortem..

Dimulakan dengan perbincangan sesama kumpulan kecil,
kemudian diikuti kumpulan besar...

Selesai sesi tersebut,
ucapan dan maklum balas program ini daripada 
En. Fauzi, Penasihat Kelab & program ini...
Beliau sangat gembira dan berpuas hati dengan program yang dijalankan..
Beliau juga ada mendapat maklum balas daripada penduduk kampung..
Mereka sangat gembira dan berterima kasih atas khidmat yang diberikan 
kepada mereka..
Jasa kami mereka tidak akan mereka lupakan...


Kemudian diteruskan lagi dengan
 penyampaian hadiah kepada kumpulan...

Pada mulanya,
Kumpulan Ocean 7 mendahului pemarkahan 
dalam aktiviti Community Treasure Hunt...

Tetapi aktiviti ini ada penilian persendirian 
daripada kem komander iaitu kumpulan yang mengumpul reben 
yang diberi oleh kem komander paling panjang mendapat 5% percuma,

Jadi jumlah keseluruhan sama banyak di antara kedua-dua kumpulan..

Untuk mencari pemenang malam itu,
Setiap kumpulan perlu 
mempersembahkan cheers kumpulan kepada En. Fauzi...


Kumpulan Genius telah berjaya menjadi
 Juara untuk aktiviti Community Treasure Hunt..

Untuk aktiviti Telematch & Traditional Games 
dimenangi oleh group peserta lelaki Melayu..

Tepat pada pukul 1 pagi masing-masing pulang ke chalet untuk tidur....



Bersambung di Kebas'13 ~Part 3~

Friday, June 7, 2013

Kembara Bakti Siswa (KEBAS'13) ~Part 1~

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah....

Oleh kerana sudah lama tak ber 'blogging'
terasa kekok pula...
hehehe

Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang pengalaman saya 
dalam program khidmat masyarakat yang 
diadakan pada 17 hingga 19 Mei 2013 di Teluk Penyambung, Endau-Mersing Johor...


Program ini merupakan program wajib yang perlu dijalankan 
oleh Ahli-ahli Kelab Kepimpinan dan Pengurusan kelab dibawah 
pemantauan Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum, 
Universiti Teknologi Malaysia...



Seramai 17 pelajar telah mengikuti program ini dan 
dikendalikan oleh En. Mohd Fauzi b. Abd Rahman, Penasihat kelab.

 Aktiviti yang dijalankan lebih menumpukan kepada
 khidmat masyarakat kepada penduduk kampung di Teluk Penyambung 
dan memperkenalkan budaya kehidupan masyarakat kampung 
kepada pelajar dari luar negara. 
Selain itu, program ini juga telah berjaya memulihkan semula
 persekitaran yang lebih bersih dan cantik di kampung mahupun
 di pulau yang menjadi tumpuan pelancong bagi mengekal 
ekosistem dalam keadaan terjaga dan terpelihara.


Terasa seperti skema pula cerita macam ni... ^ _^ #


Sebulan sebelum program dijalankan....


Kami dibahagikan tiga kumpulan untuk membentangkan kertas kerja
berdasarkan kepada dua elemen..
Iaitu kepimpinan atau khidmat masyarakat...

Hari pembentangan tu..
Untuk kumpulan saya..
saya kena bentangkan sebab kertas kerja kumpulan saya yang buat..
memang cuak lah..
Pertama kali katakan buat pembentangan kertas kerja dalam
Bahasa Inggeris..
He He He...

Tak sangka lah pulak....
Kertas kerja untuk kumpulan saya berjaya mendapat undian yang ramai dari
ahli kelab...

Asal program ni pada mulanya nak buat kat Pontian..
Disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan..
Kami pun terpaksa cari kampung lain untuk buat program ni..
Akhirnya, kami membuat keputusan untuk mengadakan 
program ini di Kampung Teluk Penyambung...




Setelah mendapat kelulusan daripada pihak atasan...
Saya bersama Pengarah Program dan Penasihat melawat ke kampung tersebut
untuk memastikan beberapa kemudahan yang boleh digunakan
oleh pihak kami di situ...



Tiba lah masa yang di nanti-nantikan..

Tepat pukul 3.30 petang..
Kami menaiki bas UTM dan bertolak ke Teluk Penyambung,
Endau-Mersing, Johor...


Mengambil masa lebih kurang 3 jam..
Kami pun tiba ke destinasi yang dituju..
Sampai-sampai di kampung tersebut..
Kami pun 'check-in' di chalet berdekatan 
dengan Pantai Teluk Penyambung..

Sangat cantik pemandangan di tepi pantai pada 
waktu terbenam matahari..
Bak kata orang putih " Sunset"
hehehe...




Sambil-sambil tu makan keropok lekor dan teh 'o' panas..


Yummy... Sedapnya....

Aktiviti Hari Pertama

Aktiviti kami bermula pada 8.30 malam...
Dalam jadual tentatif adalah " Opening Ceremony with Head of villager"..
Tunggu punya tunggu..
Tok Penghulu tak sampai-sampai..


Sampai lah pukul 10 malam..
Kem komander buat keputusan untuk
tukar aktiviti tersebut dengan 'Ice Breaking'..
Tugas kem komander diserahkan kepada Faezul Fitri




Mula-mula tu tak faham lah juga aktiviti yang
beliau cuba tunjukkan..
Tapi bila dah faham seronok pula main sampai tak ingat nak makan malam..
hehehe..






Puas nak mengingat 17 nama kawan-kawan...
Masa kat kelas tak pernah nak ambil tahu..
Kerana aktiviti ni lah kami saling kenal satu sama lain..


Setelah penat bermain..
Kami pun pergi ke gerai berhampiran untuk makan malam..



Selesai makan je..
Kami pulang ke chalet masing-masing..

Jangan fikir kami terus tidur!!!

Setiap unit bertanggungjawab menyiapkan tugasan
 sebelum aktiviti dijalankan...

Macam saya dan Firdaus bersengkang mata menyiapkan 
tugasan untuk aktiviti esok pagi..
Nasib baik Kem Komander tolong sekali..
hehehe..

Aktiviti ini kami namakan..
Community Treasure Hunt..


Sekiranya ingin mengetahui apa berlaku pada aktiviti tersebut.. 
Nantikan KEBAS'13 Part 2...

Thursday, June 6, 2013

Akhirnyaaaa... Penantian 2 tahun berakhir hari ini...


Setelah sekian lama mencari jalan untuk
 dapatkan semula blog saya ni...

Akhirnya....

Berjaya buka semula blog ni...



Perasaan ni gembira betul....



Terima Kasih
 membantu saya dapatkan semula Blog saya ni..

Nantikan kisah-kisah pahit manis yang berlaku dalam hidup saya...

Friday, April 22, 2011

Final Exam Sudah Dekat!!!!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.....

Ooooohhh!!! Tidak!!!!
lagi seminggu nk 'final exam'...


Apa nak jadi ni??
Buku tak baca lg...
Belum buat ulangkaji lagi...
"Ya Allah Selamatkan aku...."

Jadi hari ini saya nak berikan...
 tips bila hampir peperiksaan besar...




1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa

2.Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih


Diharap dengan tips yang diberikan tadi...
Dapat lah membantu anda semua dan diri saya sendiri...

Sekian, Terima Kasih....

Friday, February 11, 2011

"STOK TERKINI"

Assalamualaikum , Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia....

Atas permintaan ramai...
Saya sudah pun mengambil stok yang terbaru dan terkini...

Ini lah stok terbaru untuk kain 4 meter...





Harge seperti biasa...
RM 20 sahaja ...

*EDISI TERHAD*

Sekian,Terima Kasih....

Saturday, February 5, 2011

"PROJEK JUAL KAIN & SELENDANG TERKINI"

Assalamualaikum , Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia...

Hari ini sibuk betul saya...
Turun naik JB...
Gara2 bisnes punya pasal...

Dah alang2 balik cuti raya cina nie...
Ambil lh kesempatan yang ada pergi cari bahan untuk dijual...
So...
Siswa2 Kolej Profesional Mara Bandar Melaka...
Saya & rakan saya ada jual kain chifon n selendang murah2...
harga runtuh...






4 meter kain chifon = RM 20 shj



1 helai selendang "fesyen baru" = RM 16 shj

*EDISI TERHAD*

Sekian, Terima Kasih....

Thursday, January 20, 2011

...RONDA-RONDA DI BANDAR HILIR...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia...

Minta maaf kepada semua pembaca atas kelewatan untuk "update" blog ini...

Cerita sebenarnya dah berminggu2 lamanya..
tapi baru sekarang saya dapat ceritakan...
kerana sibuk sangat dengan aktiviti dan kelas di kolej...

Pada 8 Januari 2011..
Sempena melawat Bandar Hilir..
Merupakan salah satu aktiviti orientasi yang kami sediakan untuk pelajar2 baru..
Saya dan seorang rakan saya bernama Hakim..
Selaku fasilitator untuk kumpulan Jasper...
 Telah menjalankan tugas untuk membawa mereka ke sana...


Kami bertolak dari kolej pada pukul 11.30 pagi...
Seramai 79 orang pelajar baru dan 17 orang SOC pergi ke Bandar Hilir...
Kami di berhenti di depan tempat parking Taming Sari...
Dan berkumpul di sana..


Pintu masuk ke Taming Sari...


Ini lah Taming Sari...


Ni lah kumpulan Jasper bersama saya dan Hakim...

Kemudian,kami meneruskan perjalanan ke Mahkota Prade...
Kerana Hakim nak belanja kami semua makan KFC...
Best giler..
Bukan senang nak dapat makan free..
hehehe..





Have fun lah kami semua hari 2...
makan sampai kenyang..
banyak jugak Hakim belanja kami..
Apa-apa pun kami semua ucapkan terima kasih banyak2 kepada Hakim..
Atas kesudian dia belanja kami semua..

Lepas makan jek...
Mereka semua mahu berpecah dan jalan-jalan sendiri di sekitar Bandar Hilir..
Saya dan rakan2 yang lain mengambil keputusan 
untuk ke gerai jual cendol di depan Bangunan Merah...
Sedap giler cendol nya..
Hakim siap tambah 2 mangkuk lagi..
hehehe...


Selepas itu, kami pergi ke Jonker Walk...



Pelbagai cenderamata jual di sana dengan harga yang berpatutan...

Kami pun berkumpul di depan kawasan Taming Sari pada pukul 4 petang..
Dan menunggu bas untuk ambil kami pulang ke asrama..
Walaupun sangat letih..
Tapi kami enjoy ke sana bersama-sama...

Sekian, Terima Kasih....