Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ukhwah...
Hari ini saya ingin mencerita tentang sejenis haiwan laut yang jarang dikenali
sebagai Pepahat atau siput buluh atau Bamboo Lala...
Haiwan ini juga dikenali sebagai Ambal oleh masyarakat di Sarawak.
Pepahat
merupakan siput bercengkerang memanjang itu
mudah
diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia,
terutama
di Terengganu, Selangor, dan Sabah
dijadikan
sumber pendapatan oleh golongan nelayan.
Menurut
sumber daripada http://ms.wikipedia.org , spesies ini turut terdapat di
California
(Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.
Di
Malaysia, musim siput buluh dikatakan bermula
pada
bulan Ogos sehingga bulan Mac tahun berikutnya
namun
paling banyak didapati pada November dan Disember.
Pepahat ini sedap dimasak secara bersira lada, sos tiram atau masak lemak..
Saya inginlah berkongsi sedikit resepi
untuk memasak pepahat ini secara ringkas, mudah dan cepat dimasak...
Yang paling utama rasanya sedap...
Semoga resepi ini dapat membantu tuan/ puan dalam
menyediakan hidangan istimewa mengguna bahan asas iaitu pepahat...
Pepahat Goreng Sos Tiram
Bahan-bahannya:
1 ulas Bawang Merah
1 labu bawang putih
1 biji halia (sebesar ibu jari)
2 sudu besar sos tiram
300g Pepahat (dibasuh dan dibilas sebelum memasaknya)
Cara memasaknya:
1. Mula-mula, hiris semua bahan (bawang merah, bawang putih dan halia).
2. Kemudian, panaskan minyak sedikit di kuali.
3. Tumis semua bahan sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tiram.
4. Akhir sekali, masukkan pepahat dan gaul rata. Biarkan sebentar pepahat sehingga keluar air dalam 5 minit. Kemudian, tutup api dan boleh hidang untuk makan...
Selamat Mencuba...