CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

"Happy Birthday Mom"

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia....

Hari ini merupakan hari lahir mak saya...
Seharian saya bertungkus lumus siapkan kek untuknya...
Nasib baiklah ada adik2 yang boleh bantu saya untuk menyiapkan kek untuk mak saya....
Jadi terhasil lah kek yang sederhana ini...


Hasil tangan sendiri tau...
Walaupun biasa2 jek..
Saya berusaha untuk siapkannya..
hehehe..

Tak sangka saya dapat siapkan kek untuk mak saya..
Saya gembira sangat..
Ini lah hadiah yang mampu saya berikan...


Ini lah mak saya bersama suami yang tersayang...


Masa untuk potong kek....

Sekian, Terima Kasih....

Monday, December 27, 2010

"Orang Asli Puak Juhai"

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia....

Dah berminggu2 lamanya saya tak menulis cerita di blog...
Pada minggu lepas saya telah menyertai...
 Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Profesional Mara & Kolej Mara 2010..
Di Pulau Sara,Tasik Banding, Perak...

Sangat mencabarlah..
kursus ni tak macam kursus kepimpinan yang lain..
semuanya outdoor..
Malah nak dapat 1 bar signal line pun susah nak dapat lh..
betul2 duduk kat tengah2 pulau & dalam hutan...
Mana tak nya..
Nak pergi ke jeti pun mengambil masa 2 jam menaiki tongkang...

Antara aktivitinya..
berkayak,berakit,jungle tracking,ikhtiar hidup & lain-lain lagi..
Tapi kali ini saya ingin mengfokuskan cerita kali ini berkenaan dengan..
lawatan saya & sahabat2 saya ke perkampungan orang asli puak juhai...

Sangat menyeronokkan & merupakan pengalaman terbaru saya..
Semasa kami tiba di perkampungan mereka...
kami di sambut oleh suara keriangan daripada kanak2 puak tersebut..
Malah anjing mereka pun menyambut dengan salakannya...
Puak Juhai yang kami melawat ini bukan beragama Islam..
sebab itu mereka membela anjing..


Kami membawa sedikit buah tangan untuk penduduk di sana..
Kanak-kanak diberi makanan ringan & Orang tua diberi tembakau..
pekerjaan mereka lebih tertumpu kepada bercucuk tanam dan membuat kraf tangan serta mengutip hasil hutan..
Kemudian, mereka menjualkannya kepada pemborong..

Saya & sahabat2 sangat terkejut apabila jurulatih kami @ dikenali "TOK WAN"..
menceritakan..
perempuan yang berumur 12 tahun sudah dikahwinkan dengan lelaki berumur 20 an..
Kami sangat terkejut..
Malah kami menjumpai kanak-kanak yang berumur 7 tahun sudah dikahwinkan...
Sangat dasyat..


Kami pergi ke sebuah rumah di perkampungan tersebut..
mendapati seorang budak perempuan yang berumur 13 tahun..
Kalau kita umur 13 tahun baru tingakatan 1..
Tapi mereka sudah mempunyai anak..
Bunyi pelik tapi benar kejadian itu...


Mereka juga mempunyai kemahiran menyumpit..
Teknik yang mereka ajar kepada kami sangat unik..
Buat pertama kali saya belajar cara nak menyumpit..
Kita nak menembak @ nak target ke 1 benda akan menggunakan mata..
tapi mereka menyumpit menggunakan hidung untuk target..
Dasyatkan..




Kanak-kanak di sana sangat pemalu..
Tidak semua di antara mereka bersekolah seperti kita..
Kesian saya melihat kehidupan mereka..
Yang serba kekurangan..
Kami yang hidup diatas pulau selama seminggu pun rasanya macam terseksa..
Inikan pula mereka yang tinggal bertahun2..
Jadi kita perlulah bersyukur dengan kemudahan & bantuan yang kita dapat sekarang ini...
Semoga anda dapat renung2kan & iktibar daripada cerita saya kali ini..
Sekian, Terima Kasih....


Saturday, December 25, 2010

BLOG TERGENDALA!!!

PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI!!

Saya memohon maaf diatas masalah teknikal untuk "update" blog ini...
Oleh itu, blog ini akan di "update" bermula pada 27 Disember 2010...
Blog ini akan diisi dengan penuh maklumat & informasi terbaru khas untuk anda semua..
Sekian, Terima Kasih..


Yang Benar,
Penulis Blog Historie Le Da Via

Friday, December 10, 2010

Favourite Drama Right Now!!!

Assalamualaikum , Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Hari ini saya nak cerita 1 drama yang paling saya minat masa ni lah kan...
iaitu 당돌한 여자 / Dang-dol-han Yeo-ja, Ga-je /Daring Women...
Tapi saya lebih gemar dikenali drama ini ialah Daring Women...
Drama ini mempunyai 105 episod...
Di tayangkan di Channel S one HD...






Siapa ada astro beyond boleh lah tengok drama ini pada:-


Setiap Hari : 10.15 malam - 12.15 tengah malam


 (siaran ulangan keesokkan harinya)
10.15 pagi - 12.15 tengah hari
4.15 petang - 5.30 petang


* Nota:Waktu yang diberi mengikut waktu di Malaysia




Inilah gambar-gambar pelakon utama...
bermula sebelah kiri:

Lee Chang-hoon
Lee Yoo-ri
Seo Ji Young
Lee Joong Moon

Di sini saya letakkan juga sinopsis cerita ini...
Tapi dalam version Bahasa Inggeris lah...
hehehe...
Malas nak alih bahasa...

Synopsis
Ji Soon Young loses her husband, Wang Se Joon, in a tragic accident. She is left alone to take care of their adopted daughter. She meets and falls in love with Han Kyu Jin, who just happens to be the father-in-law to her former sister-in law, Wang Se Bin. Their lives changes when Soon Young marries Kyu Jin and becomes Se Bin’s mother-in-law. They have to adjust to their new roles in their family and at the same time try to get along with each other.


Sekarang saya nak perkenalkan pelakon2 dalam cerita ini pula...

Bermula dengan..


Keluarga Wang



Lee Yoo-ri sebagai Ji Soon Young



Seo Ji Young sebagai Wang Sae Bin



Kang Sung Min sebagai Wang Sae Joon


Kim Ha Kyoon sebagai Wang Man Kil



Kim Chung sebagai Ha Eun Shil


Lee Chan Joo (이찬주) sebagai Talgi


Keluarga Han 




Lee Chang-hoon sebagai Han Kyu Jin



Lee Joong Moon as Han Joo Myung


Hong In Young sebagai Han Joo Ran


Kim Soo Mi sebagai Hong Bo Ok 


Watak-watak lain



Son Hwa Ryung sebagai Hwang Mo Ran (baju warna putih)
Lee Jong Nam sebagai Go Min Ja (baju warna hitam)


Saya rasa seronok sangat tengok drama ini....
lebih nampak 'cultural' yang matang...
So apa tunggu lagi...
Jom lah menonton...






Thursday, December 9, 2010

Kebosanan...

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia...

Saya tak tahu lah kenapa hari sungguh membosankan....
Saya dah cuba buat macam2 aktiviti supaya saya tak bosan sepanjang saya cuti sem ni...
Tapi walau macam mana pun...
Hari ini saya nak berkongsi cerita dengan anda semua pengalaman pakai inai...
Mungkin ini bukannya cerita yang 'best' untuk anda baca...
Bagi saya ini merupakan pengalaman saya yang telah lama saya tidak lakukan...
Seingat saya kali terakhir saya pakai inai masa saya tingkatan 3...
Dan hari ini baru lah memakai semula ini...
Hampir 3 tahun saya tak pakai ini...
hehehe...Kesian kan saya...

Hari ini pun saya tergerak hati untuk memakai inai kerana saya terlalu kebosanan di rumah...
Lagi pun sekarang ni kan ramai orang baru balik haji...
'So' adalah kawan2 atuk perempuan saya ni bagi inai dari mekah....


Ini inai yang saya gunakan untuk menginai kuku jari tangan saya...
Made in Arab Saudi...
hehehe...

Sekarang ni saya nak ceritakan tentang.....
 apa yang berlaku semasa memakai inai untuk kuku jari sebelah kiri dahulu...
Di mulakan dengan...
saya memotong kuku yang panjang...
Selepas itu....
basuh tangan dengan sabun & mengelap tangan yang basah tadi...
dan meletakkan inai tadi ke setiap kuku jari sebelah tangan kiri...
Setelah selesai meletakkan inai tadi...
Saya membiarkan ia supaya warna menyerap ke kuku saya selama 2 jam....


Ini lah hasilnya selama 2 jam...
Suka saya melihatnya...
Nampak lain..

Kemudian saya teruskan lagi menginai kuku jari sebelah tangan kanan pula...
menggunakan proses yang sama...
 seperti menginaikan kuku jari sebelah tangan kiri..

Menunggu 2 jam lagi...

Dan ini lah hasilnya...


Sekarang ini saya sudah mempunyai kedua2 kuku jari tangan yang berwajah baru...

Sampai sini sahaja lah cerita saya kali ini..

Wednesday, December 8, 2010

Berjaya Buat Blog Sendiri...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia...

Berkurun lamanya saya nak belajar buat blog...
Akhirnya saya berjaya juga...
Bukan senang sebenarnya nak buat blog ni rupanya...
Banyak keje nak kena buat...
Naik lenguh seluruh badan ni mengadap laptop...

Bermula dengan.....


Siapkan maklumat yang perlu diletakkan dalam blog....

Kemudian....


Cari lah template kat "Leelou Blogs"....
Macam2 template & background terdapat di situ...

Seterusnya....


Nak letak muzik kat dalam blog...
search lah lagu kt "gratisan musik"..

Dan akhirnya.....


tercipta lah blog saya ni...
Anda semua boleh lah comment @ menghantar cadangan kepada saya....
Saya mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya ni..
Terima Kasih....